Friday, August 20, 2010

Biodata Wofgang Kohler


Wolfgang Kohler dilahirkan pada 21 Januari 1887 di Port City di Reval, Estonia, Rusia. Selepas Wofgang Kohler dilahirkan, seluruh keluarganya kembali ke Jerman. Wolfgang Kohelr ialah ahli psikologi dan ahli logik fenomena atau phenomena logist. Malah, beliau juga merupakan salah seorang pengasas Psikologi Gestalt bersama-sama dengan Max Wertheimer serta Kurt Koffka.



Wolfgang Kohler mendapat pendidikan di Tubingen Universiti dari tahun 1905 hingga 1906. Sejurus itu, beliau menyambung kembali pendidikannya di Bonn Universiti dari tahun 1906 hingga 1907 dan Berlin Universiti merupakan pendidikan terakhirnya apabila beliau menerima Doktor Falsafah atau PhD dalam bidang psikologi pada tahun 1909.

Antara sumbangan paling besar yang disumbangkan oleh Wolfgang Kohler selain daripada pengasas Psikologi Gestalt ialah, beliau dilantik sebagai Presiden American Psychological Association atau APA. Malah beliau juga merupakan seorang pensyarah di Kolej Darthmouth pada tahun 1958 hingga beliau meninggal dunia. Wolfgang Kohler meninggal dunia pada 11 Jun 1967 di Hanover, New Hampshire.

Wofgang Kohler turut berkongsi idea fikirannya dengan menghasilkan beberapa buah buku seperti The Mentality of Apes, Gestalt Psychology, The Place of Value in World of Facts, Dynamic in Psychology, Gestalt Psychology Today dan The Task of Gestalt Psychology.

Sumber ini adalah didapati daripada laman sesawang www.worldofbiography.com/9140-Kohler/


1 comment:

  1. Casino Player Reviews and Ratings - JamBase
    Read the detailed casino 안성 출장마사지 player ratings and 청주 출장안마 share this list with your fellow casino 남양주 출장마사지 player on 경기도 출장샵 JamBase. 수원 출장안마 Rating: 3.9 · ‎Review by JTG Hub

    ReplyDelete