EKSPERIMEN

Eksperimen Pertama





Bagi membentuk Teori Gestalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi. Dalam eksperimen pertama, seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi gagal. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba, cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. Ia menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti tersebut. Dengan cara ini cimpanzi Berjaya memperolehi pisang tersebut.

Dalam eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia dikatakan telah mendapat celik akal.



Eksperimen Kedua




Dalam eksperimen yang kedua, seekor cimpazi yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Berhampiran dengan sangkar itu, iaitu di luarnya terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang berlainan panjangnya. Cimpazi tersebut cuba mendapatkan pisang dengan menggunakan batang buluh yang pendek tetapi tidak berjaya. Selepas itu, dia mula mencabut seutas dawai dari sangkar dan mendapatkan pisang dengan dawai itu. Sekali lagi cimpanzi tersebut gagal. Secara tiba-tiba dia cepat menggunakan buluh yang pendek untuk mengaut buluh yang panjang. Dengan menggunakan buluh yang panjang, cimpanzi itu dikatakan telah memperolehi celik akal apabila dai secara tiba-tiba terfikir untuk menggunakan buluh pendek untuk mendapatkan buluh yang panjang. Seterusnya cimpanzi itu barulah memperoleh pisang.

Eksperimen Ketiga



Eksperimen yang ketiga ialah eksperimen terhadap anjing liar yang terdapat di sebuah pulau di Lautan Pasifik. Eksperimen ini didapati dalam buku Asas Pendidikan 2 yang ditulis oleh Lee Shok Mee (199). Pada suatu masa, kohler menghadapi masalah kerana anjing liar sentiasa datang ke rumahnya untuk mencuri makanan. Kohler dan rakan-rakannya sengaja ,mendirikan pagar (mata punai) yang mempunyai satu lorong masuk di tepi rumah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Makanan kemudiannya diletakkan di lorong, iaitu X1 dan X2. Sedikit makanan juga diletakkan di X3 di sebelah pagar.

Susunan makanan ini menarik anjing liar melalui lorong itu mendapatkan makanan X1 dan X2. Untuk mendapatkan makanan X3 diperhatikan anjing itu berhenti seketika dan memerhatikan keadaan di sekitarnya. Tiba-tiba anjing itu berlari keluar dari lorong mengelilingi pagar untuk sampai ke X3.

Sekali lagi, Kohler merumuskan bahawa anjing itu telah menghayati perkaitan dalam keseluruhan situasi untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya pagar itu dibina daripada tembok batu yang padu dan anjing itu tidak dapat melihat keseluruhan situasi masakah, maka anjing itu tidak mungkin memperolehi makanan X3.

Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang komlpeks berlaku bukan semata-mata mellaui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperolehi pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.



Kesimpulan  Eksperimen


Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian kohler tersebut ialah haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi. Selain itu, cimpazi menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah, jelaslah bukan tindkan secara membabi buta, tetapi berdasarkan pengalaman dan persepsinya, iaitu mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya. Menurut kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian tersebut, kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Sumber ini diperolehi daripada buku Mok Soon Sang(2002). Psikologi pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang jaya: Kumpulan Budiman.