Pengenalan.
Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats) kekuatan, kelemahan, kesempatan/peluang, dan ancaman (juga dikenal sebagai analisis TOWS dalam beberapa buku), menyediakan sebuah kerangka pemikiran untuk para pengkaji pendidikan dalam memfokuskan secara lebih baik pada kepentingan dalam masyarakat.
Analisis SWOT juga difahami sebagai pengujian terhadap kekuatan dan kelemahan internal sebuah organisasi, serta kesempatan dan ancaman lingkungan eksternalnya. SWOT adalah peringkat umum yang diciptakan dan digunakan sebagai langkah awal dalam proses pembuatan keputusan dan sebagai perencanaan strategi dalam berbagai bentuk (Johnson, dkk., 1989; Bartol dkk., 1991).
SWOT adalah sebuah teknik yang sederhana, mudah dipahami, dan juga biasa digunakan dalam merumuskan strategi dan kebijaksanaan dalam mengukur atau menganalisis program baru yang inovatif. SWOT tidak mempunyai akhir, bererti akan selalu berubah sesuai dengan tuntutan zaman.
Analisis Teori Kognitif Wofgang Kohler menggunakan teknik SWOT.
Strengths-KEKUATAN
Setelah melihat kepada kajian yang dijalankan oleh Woffgang Kohler, terdapat beberapa kekuatan yang dapat kita rungkaikan. Woffgang Kohler telah menjalankan eksperimen berdasarkan celik akal keatas cimpanzi. Seperti yang kita tahu, mengikut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji, cimpanzi merupakan salah satu haiwan yang tergolong dalam golongan haiwan yang pintar. Oleh sebab itulah, pemilihan cimpanzi dalam eksperimen ini adalah merupakan satu keputusan yang bijak.
Selain daripada itu, kekuatan yang terdapat pada kajian ini ialah teori ini menekankan kajian mengenai cara otak manusia berfungsi terhadap sesuatu perkara. Sebagai manusia kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Oleh kerana itu, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Hasil kajian yang dijalankan ini dapat digunakan sebagai panduan kepada tenaga pengajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian Kohler juga menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.
Tidak dinafikan, cipanzi berpeluang mempelajari sesuatu yang baru. Penghayatan terhadap unsur di persekitaran membolehkan cipanzi mempelajari sesuatu yang baru.Penghayatan amat penting dalam memahami sesuatu permasalahan seterusnya membentuk pelajaran yang baru sama ada bermanfaat kepada diri sendiri mahupun orang-orang di sekeliling.
Weaknesses-KELEMAHAN
Kelemahan yang dapat kita lihat daripada kajian yang dilaksanakan oleh Kohler ialah cipanzi terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat pemerhatian dan pengamatan. Contohnya, pisang yang digantung dan pisang yang diletakkan di luar sangkar membuatkan cipanzi perlu berfikir tentang strategi untuk mendapatkan pisang tersebut.
Selain itu, situasi permasalahan yang rumit dan sukar boleh membuatkan cipanzi berputus asa. Bayangkan sekiranya cipanzi telah berusaha mendapatkan pisang, namun masih gagal. Pastinya haiwan ini akan berusaha sekadar yang termampu dan seandainya masih belum berjaya, usahanya untuk mendapatkan pisang akan terhenti begitu sahaja. Hal ini sedemikian kerana haiwan juga mengalami rasa putus asa untuk mencuba lalu akan membiarkan bahan rangsangan (pisang) terbiar begitu sahaja atau akan melengah-lengahkan usahanya untuk mendapatkan rangsangan (pisang).
Malah, sekiranya situasi permasalahan yang dialami begitu menyukarkan, hal ini akan menghalang cipanzi daripada mencapai tahap pembelajaran celik akal. Hal ini sedemikian kerana permasalahan yang diberi haruslah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan haiwan tersebut untuk diselesaikan.
Opportunities-PELUANG
Malah, sekiranya situasi permasalahan yang dialami begitu menyukarkan, hal ini akan menghalang cipanzi daripada mencapai tahap pembelajaran celik akal. Hal ini sedemikian kerana permasalahan yang diberi haruslah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan haiwan tersebut untuk diselesaikan.
Opportunities-PELUANG
Antara peluang yang teradapat dalam eksperimen Wolfgang Kohler ialah pembelajaran yang dialami sendiri oleh cipanzi memperkaya pengetahuan dan pengalaman. Hal ini sedemikian kerana melalui pengalamanlah, mereka dapat mempelajari sesuatu dengan lebih bermakna dan akan terus mengingati hasil pembelajaran dalam tempoh yang lama kerana mereka sendiri merasakan situasi itu.
Tambahan pula, cipanzi dapat membuat tanggapan dan pengamatan sepanjang sesi pembelajaran. Pengamatan penting untuk merangsang proses pemikiran yang berkualiti. Seterusnya, pemikiran akan terhasil secara berperingkat-peringkat. Bermula dari permasalahan yang dihadapi, idea awal akan dibentuk seterusnya digabung jalin dan disusun atur sehingga menjadi strategi.
Pemerhatian dan pengamatan yang dilalui cipanzi sepanjang tempoh pembelajaran membolehkan proses berfikir berlangsung sesuai dengan keupayaan sendiri. Jika dibandingkan dengan haiwan lain, cipanzi antara haiwan yang cerdik. Justeru, tidak mustahil cipanzi berjaya memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan pisang. Misalnya, buluh yang pendek disambung supaya menjadi panjang untuk mengambil pisang yang berada di luar sangkar.
Pengajaran yang diperoleh cipanzi disusun selangkah demi selangkah mengikut kesinambungan sebelum terbentuknya satu hasil atau lebih hasil pembelajaran dalam minda mereka. Contohnya, cipanzi menyusun bongkah-bongkah kayu bermula dari satu bongkah sehinggalah ke bongkah yang terakhir. Kemudian, mereka telah mendapat satu lagi pengetahuan baru iaitu susunan bongkah kayu yang bertingkat mampu menambah ketinggian mereka dari paras lantai untuk mengambil pisang yang tergantung.
Proses pembelajaran secara celik akal akan lebih berkesan sekiranya cipanzi dilazimkan dengan pelbagai contoh atau latihan yang lebih khusus sekaligus mendorong cipanzi membuat generalisasi tentang sesuatu situasi dengan betul. Pelakuan yang tidak terlazim, jika dilazimkan akan menjadikan cipanzi terlazim dengan sesuatu pembelajaran.
Eksperimen Kohler ini menggalakkan pemikiran kritikal dalam kalangan cipanzi untuk berfikir cara mendapatkan buah pisang yang digantung tinggi dan bagaimana mahu mencapai pisang yang berada di luar sangkar. Sekiranya tiada proses pemikiran kritikal, pastinya cipanzi tidak berjaya mendapatkan pisang yang diingini.
Naluri ingin tahu dan menerokai sesuatu dengan lebih mendalam berjaya diterapkan dalam diri cipanzi. Hakikatnya, apabila haiwan diberikan satu situasi, mereka akan mengalami satu situasi iaitu rasa ingin tahu dan akan berusaha menerokai apa yang dialami. Bermula dari melihat pisang tergantung, cipanzi mula mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan pisang tersebut. Walaupun telah mencuba berkali-kali, namun penerokaan yang semakin bertambah berjaya membuatkan cipanzi mendapatkan pisang tersebut.
Ancaman yang dikenal pasti menerusi eksperimen Wolfgang Kohler ialah tahap pemikiran haiwan pada masa kini. Dewasa ini kami berpendapat melihat bahawa haiwan semakin cerdik. Sekiranya eksperimen ini dijalankan kepada cipanzi, kemungkinan besar cipanzi tersebut mampu melakukan yang lebih hebat daripada Sultan dan rakan-rakannya. Peredaran zaman menjadikan sesutatu berubah ke arah yang lebih hebat. Bentuk eksperimen atau aktiviti yang diuji kapada haiwan mesti diubah selaras dengan peredaran zaman. Oleh itu, bentuk eksperimen tidak boleh sama kerana cipanzi dewasa ini semaakin bijak.